Menjelang Pagi Ahad
Pagi Ahad ku terjaga
Kepala ku berdengung walau apa pun aku lakukan.
Dan bir yang ku teguk sebagai sarapan tiada enaknya,
Dan ku teguk lagi sebagai pencuci mulut.
Lalu aku membelek helaian pakaian di dalam almari
Dan ku temui baju kotor yang paling bersih.
Seterusnya ku basuh muka dan menyisir rambut ku
Dan terhuyung menuruni tangga untuk menyapa hari.
Semalam ku merokok sepuas hati ku
Dengan dendangan lagu dan rokok pilihan ku.
Ku nyalakan rokok pertama dan melihat anak kecil
Menendang tin sebagai permainan.
Lalu aku melintasi jalan itu
Dan terbau aroma gorengan ayam pada hari Ahad.
Oh Tuhan, ia mengimbau semula kenangan silam yang ku sangka hilang
Entah bagaimana, antara liku-liku perjalanan hidup ku.
Pagi Ahad di kaki lima,
Aku berdoa, Tuhan, biarlah aku khayal.
Kerana ada sesuatu pada hari Ahad
Yang membuatkan jasad berasa keseorangan.
Dan tiada yang setanding kematian
Yang hampir sesunyi bunyi
Kaki lima di bandar yang masih tidur
Dan menjelang pagi Ahad.
Di taman itu ku melihat seorang ayah mengayun buaian
Dengan seorang gadis kecil yang tertawa.
Dan di tepi sekolah Agama ku berhenti
Dan mendengar lagu-lagu yang mereka dendangkan.
Lalu ku selusuri jalan itu,
Dan di kejauhan loceng berdenting sepi,
Gemanya mendayu di seluruh ngarai
Laksana impian semalam yang menghilang.