Source text in English |
The winning entry has been announced in this pair.There were 9 entries submitted in this pair during the submission phase, 8 of which were selected by peers to advance to the finals round. The winning entry was determined based on finals round voting by peers.Competition in this pair is now closed. |
Pagi Ahad Yang Lenyap Di pagi Ahad ku terjaga Tiada cara menegakkan kepala tanpa kesakitan Dan bir yang ku nikmati tika bersarapan tidak menghampakan Maka ku nikmati lagi sebagai pencuci mulut Kemudian ku terkial-kial mencari baju di gerobok Akhirnya ku temui pakaian terbersih, antara yang kotor Kemudian ku basuh muka dan rambutku ku sisir Dan terkocoh-kocoh menuruni tangga, menemui hari baru Fikiran ini ku khayalkan malam semalam Dengan rokok dan lagu-lagu yang ku pilih tapi ku nyalakan yang pertama dan melihat seorang anak kecil Bermain dengan tin yang ditendangnya Kemudian aku berjalan melintasi jalan Dan terhidu bau seseorang menggoreng ayam hari Ahad ini Dan Tuhan, ia membawaku kembali pada sesuatu yang telah hilang Di sesuatu tempat, entah macam mana, di sepanjang jalan ini Pada perjalanan pagi Ahad ini Aku memohon, Tuhan, aku direjam Sebab ada sesuatu pada Ahad Yang membuat jasad merasa sepi Dan tidak ada yang kurang dari kematian Itupun hanya separuh sunyi seperti bunyinya Tentang perjalanan merentasi bandar yang sepi Dan pagi Ahad yang lenyap. Di taman ku lihat seorang bapa Dengan tawa anak perempuan yang di timangnya Dan ku berhenti di tepi sekolah Ahad Dan mendengar lagu yang mereka nyanyikan Lalu ku menuju ke arah jalan dan dari suatu tempat yang jauh terdengar paluan loceng yang sepi Dan ia bergema ke seluruh lembah Seperti impian semalam yang menghilang | Entry #14963 — Discuss ![]() ![]()
|
Balada Pagi Ahad Bangun pagi Ahad tekakku masih perit, Kupicit-picit kepalaku yang tak sakit. Minuman yang kuteguk agak pahit, Kutuang segelas lagi cuma sedikit. Gumpalan kain di dalam almari membuatku kalut Akhirnya kujumpa juga baju bersih walau comot. Kucuci muka dan kusikat rambut Pantas kuterjun tangga dan hari baru kusambut. Malam tadi fikiranku menerawang Bersama asap rokok dan lagu-lagu yang kukarang. Untuk hari baru ini kunyalakan rokok sebatang Melihat kanak-kanak menyepak tin kosong dengan riang. Melintas jalan ke seberang Harumnya bau ayam goreng dari dapur siapa? Oh Tuhan, sungguh aku terkenang entah apa yang aku hilang sekian lama. Di tepi jalan di pagi Ahad, Kuharap ku di alam khayalan setiap saat. Istimewanya di hari Ahad Diriku ingin bersendiri. Seolah-olah menanti ajal yang kian ke mari Itupun tiada tandingnya suasana di tepi jalan bandar yang lena Dan balada pagi Ahad terus bergema. Seorang ayah di taman menolak buaian anak kecilnya yang girang. Aku berehat sebentar di tepi sekolah memasang telinga ketika kanak-kanak menyanyi. Kemudian aku teruskan menghayun kaki, Di kejauhan ada loceng berdering, Dan gemanya dibawa ke lurah dek angin Hilang seperti angan-angan kelmarin. | Entry #14732 — Discuss ![]() Finalist
|
Pagi ahad pun hilang Aku bangun dipagi Ahad, Dengan tidak sengaja memegang kepala yang tiada rasa sakit. Dan bir diminum ketika sarapan tidaklah buruk, Jadi sebagai pencuci mulut, aku minum lagi. Kemudian aku kisai almari bajuku, Dan jumpa baju kotor terbersihku. Kemudian aku basuh muka dan sikat rambutku Dan turun tangga untuk menempuhi hari itu. Aku sanggup hisap mindaku dimalam sebelumnya dengan rokok dan lagu yang akan dipetik. Tapi aku bakar yang pertama dan lihat budak kecil Bermain dengan tin yang sedang disepaknya. Kemudian aku berjalan melintas lorong Dan tertangkap bauan Ahad daripada ayam yg digoreng. Dan Tuhan, ia bawaku kepada sesuatu yang hilang Dimana, bagaimana sepanjang jalan Pada Ahad pagi ditepian, Aku berdoa, Tuhan, agar aku dibatukan. Kerana ada sesuatu dihari Ahad Yang membuat diri ini terasa kesepian. Dan tiada kekurangan dari mati Yang separuh dari kesepian seperti bunyi bandar tidur ditepian Dan pagi Ahad pun hilang Di taman aku lihat ayah bersama perempuan kecil ketawaan yang sedang dibuainya. Dan aku berhenti di sebelah sekolah Ahad Dan dengar lagu-lagu yang sedang mereka alunkan. Kemudian aku menghala ke lorong, Dan di tempat yang jauh terdengar loceng kesunyian, Dan ia bergema melalui gaung Seperti kelesapan mimpi semalam. | Entry #14936 — Discuss ![]() Finalist
|
Menjelang Pagi Ahad 5 (2) Pagi Ahad ku terjaga Kepala ku berdengung walau apa pun aku lakukan. Dan bir yang ku teguk sebagai sarapan tiada enaknya, Dan ku teguk lagi sebagai pencuci mulut. Lalu aku membelek helaian pakaian di dalam almari Dan ku temui baju kotor yang paling bersih. Seterusnya ku basuh muka dan menyisir rambut ku Dan terhuyung menuruni tangga untuk menyapa hari. Semalam ku merokok sepuas hati ku Dengan dendangan lagu dan rokok pilihan ku. Ku nyalakan rokok pertama dan melihat anak kecil Menendang tin sebagai permainan. Lalu aku melintasi jalan itu Dan terbau aroma gorengan ayam pada hari Ahad. Oh Tuhan, ia mengimbau semula kenangan silam yang ku sangka hilang Entah bagaimana, antara liku-liku perjalanan hidup ku. Pagi Ahad di kaki lima, Aku berdoa, Tuhan, biarlah aku khayal. Kerana ada sesuatu pada hari Ahad Yang membuatkan jasad berasa keseorangan. Dan tiada yang setanding kematian Yang hampir sesunyi bunyi Kaki lima di bandar yang masih tidur Dan menjelang pagi Ahad. Di taman itu ku melihat seorang ayah mengayun buaian Dengan seorang gadis kecil yang tertawa. Dan di tepi sekolah Agama ku berhenti Dan mendengar lagu-lagu yang mereka dendangkan. Lalu ku selusuri jalan itu, Dan di kejauhan loceng berdenting sepi, Gemanya mendayu di seluruh ngarai Laksana impian semalam yang menghilang. | Entry #14960 — Discuss ![]() Finalist
|
Pagi Ahad kembali lagi Aku bangkit pada pagi Ahad Tiada cara yang tidak menyakitkan untuk memegang kepalaku Bir yang aku nikmati untuk sarapan boleh tahan juga Jadi aku nikmatinya lagi sebagai pencuci mulut Kemudian aku menyelongkar pakaianku di dalam almari Dan aku terjumpa baju kotorku yang terbersih Kemudian aku membasuh muka dan menyikat rambutku Dan aku tersadung tangga sebagai permulaaan hariku Aku telah merangsang mindaku pada malam sebelumnya Dengan rokok dan lagu-lagu yang telah kupilih Aku menyalakan rokok pertamaku dan perhatikan seorang budak kecil Yang sedang bermain dengan tin yang ditendangnya Kemudian aku berjalan melintasi jalan Dan aku terbau ayam yang sedang digoreng Oh Tuhan, aku teringat sesuatu yang aku telah hilang Di suatu tempat, entah bagaimana Di pinggir jalan pada pagi Ahad Aku berharap pada Tuhan untuk dibekukan Kerana ada sesuatu pada hari Ahad Yang membuat jasad berasa sunyi Dan tiada apa yang seringkas mati Yang sebahagiannya sesunyi bunyinya Di pinggir jalan bandar yang sepi Dan pagi Ahad beransur pergi Di taman aku terlihat seorang bapa Yang menghayun anak perempuannya yang sedang ketawa di buaian Dan aku berhenti di sebelah gereja Dan mendengar nyanyian mereka Kemudian aku menuruni jalan Dan entah dari mana aku terdengar loceng kesepian Dan bunyinya bergema melalui gaung Seperti impian semalam yang telah pudar | Entry #14993 — Discuss ![]() Finalist
|
Jelang pagi Ahad ni Kubangun pagi Ahad ni Sakit kepala menyerangiku, ku terpaksa memegang kepalaku, Arak yang kuminum bukan pilihan yang teruk, Nanti ku akan minum lagi. Bercari-cari bajuku dalam almari. Dapat juga antara baju kotor ku yang paling besih. Ku cuci mukaKU dan sikat rambutku, lalu turun tangga untuk menghadapi cabaran hari ni ku telah merokok semalam untuk fikiranku yang keliru, dengan rokok dan lagu yang kupilih. ku dalam kemabukan nampak seorang kanak-kanak, dia sedang bermain dengan menyepak tin. ku berjalan-jalan, ku bau keharuman goreng ayam yang seseorang menggorengnya. Inilah bau Ahad ni. Ya, Tuhan! Bau ni telah menyedarkanku, kesedaranku bahawa ku kehilangan sesuatu. Sesuatu yang hilang di suatu tempat, suatu masa. Pada pagi Ahad ni, Ku berada di laluan jalan kaki Ku doa kepada Tuhan agar ku hidup dalam khayalan. Sebabsesuatu berlaku hari Ahad ni, Buat kurasa keseorangan. Dalam kematian, Kebaunyakkan masa kesunyian menyerangiku seperti bunya. Bandar yang tertidur. laluan jalan raya yang sunyi ni, Timbanya masa pagi waktu Ahad ni menjelang. Ku lalu sebuah taman ku nampak seorang ayah dan anak perempuannya yang ketama bersama dengan ayahnya yang sedang megayun. Lalu ku berhenti tepi kelas agama kristian, ku terdengar lagu yang mereka nyanyi. Ku terus jalan. Lalu ku terdengar bunyi loceng di sesuatu tempat yang jauh, Gema bunyi loceng menyerang khayalan ku, Sedarkanku seperti mimpi yang semalam. | Entry #14971 — Discuss ![]() Finalist
|
Pagi Ahad Yang Terbit Aku bangun di pagi Ahad Tanpa cara mendokong kepala yang perit Bersama sarapan bir itu bukanlah aneh Diteguk sekali lagi ketika pencuci mulut Digeledah almari mencari pakaian Dan terjumpa baju kotor terbersih Aku cuci mukaku dan rambut disisir Dilangkah tangga untuk bertemu hari Mindaku diasapi malam sebelumnya Dengan rokok bersama pilihan runut lagu Aku nyalakannya dan melihat si kecil Dia bermain menyepak sebiji tin Aku merentas ke seberang jalan Tersingkap bau masakan ayam Ahad Oh tuhan, aku sememangnya sungguh kehilangan Sesuatu di dalam satu perjalanan Di pinggir jalan Ahad ini Aku berharap Tuhan, khayalkan diriku Kerana sesuatu tentang Ahad Buatku sentiasa kesunyian Tiada yang sulit seperti kematian Dengan hampir kesunyian setiap runut bunyi Di pinggir jalan sepi ini Apabila pagi Ahad mula terbit Di taman aku melihat seorang ayah Dengan ketawa gadis kecil di buaian Aku berhenti sejenak di sekolah Ahad Mendengar lagu mereka nyanyikan Aku turun jauh di jalan itu Dari jauh dentingan loceng bermain Gemanya tersebar di ngarai ini Ibarat hilangnya mimpi hari semalam | Entry #14927 — Discuss ![]() ![]() ماليزيا Finalist
|
Pagi Ahad yang datang Baik, Saya bangun pagi Ahad dengan tiada cara untuk memegang kepala saya tanpa menyakitinya. Dan bir untuk saya yang teruk, Jadi saya ada satu lagi pemanis makanan, Selepas itu saya mengambil pakaian dalam almari dan membersihkani baju yang kotor. Kemudian membansuh muka dan menyikat rambut saya Dan menuruni tangga untuk menjalani hari ini Saya tak menhisap malam semalam Dengan merokok dan lagu saya menjadi pilihan Tapi saya nyalakan dan menonton budak kecil Menrasakan dengan bersantai Kemudian saya bejalan menyerberagi jalan dan menarik hari Ahad dengan senyuman dari pengoreng ayam. dan Lord, ia membawa kembali sesuatu saya telah hilang Suatu tempat , entah mengapa disepanjang jalan. Di kaki lima Pagi Ahad, Saya ingin, Lord, saya direjamkan. Kerana sesuatu berlaku di hari Ahad Ia membuat kita merasa keseorangan. Dan tiada apa mengata dari (mati) Bahawa separuh kesepian lagu daripada kesunyian berjalan kaki di bandar dan pagi Ahad yang akan datang Di taman Saya menlihat ayah Dengan ketawa seorang gadis yang sedang berayun. Dan Saya berhenti sebelah sekolah pada Ahad Dan mendengar lagu mereka nanyikan Kemudian saya terus menyusuluri jalan, Dan bunyi loceng berderingi yang jauh sepi, Dan terus bergema Seperti menhilang mimpi semalam. | Entry #14974 — Discuss ![]() ![]() ماليزيا Finalist
|
Nah, aku terjaga dari tidor pada pagi Ahad Sambil memegang-megang kepala ku yang tidak sakit tanpa sebab Meminum bir sebagai sarapan tidak seburuk seperti yang disangka Dan aku mempunyai satu lagi pencuci mulut. Lantas aku menyelongari baju-baju didalam almari Dan menjumpai baju yang paling bersih Kemudian aku mencuci muka serta menyikat rambut ku Sambil tersandung menuruni tangga untuk keluar. Fikiran ku masih buntu pada malam sebelumnya Dengan rokok dan lagu-lagu yang telah aku pilih . Apabila aku menyalakan rokok pertama terpandang akan aku seorang budak kecil Bermain-main dengan tin yang disepakannya Apabila aku melintas diseberang jalan Terbau masakan ayam goreng pagi Ahad oleh seseorang Tuhanku, aku mengenangkan kembali ingatan silam Di suatu tempat, entah dimana. Di laluan pejalan kaki pagi Ahad, Oh tuhan ku, aku ingin direjam sampai mati. Kerana terdapat sesuatu di pagi Ahad Yang membuat diriku kesunyian. Dan tiada cara untuk mati secara singkat Itulah hanya sebahagian kesunyian ku rasakan Darpada orang-orang yang tidur dikaki lima kota Namun pagi Ahad akan berlalu jua. Di sebuah taman saya melihat seorang bapa Mengayun buaian anak perempuanya yang sedang ketawa . Ketika aku berhenti di sebelah Sekolah Minggu Terdengar lagu-lagu yang sedang dinyanyikan. Kemudian aku menuju di suatu jalan, kedengaran bungi deringan loceng yang memecah kesunyian, Dan ianya bergema melalui gaung Seakan hilangnya mimpi semalam. | Entry #14984 — Discuss ![]()
|