Nah, aku terjaga dari tidor pada pagi Ahad
Sambil memegang-megang kepala ku yang tidak sakit tanpa sebab
Meminum bir sebagai sarapan tidak seburuk seperti yang disangka
Dan aku mempunyai satu lagi pencuci mulut.
Lantas aku menyelongari baju-baju didalam almari
Dan menjumpai baju yang paling bersih
Kemudian aku mencuci muka serta menyikat rambut ku
Sambil tersandung menuruni tangga untuk keluar.
Fikiran ku masih buntu pada malam sebelumnya
Dengan rokok dan lagu-lagu yang telah aku pilih .
Apabila aku menyalakan rokok pertama terpandang akan aku seorang budak kecil
Bermain-main dengan tin yang disepakannya
Apabila aku melintas diseberang jalan
Terbau masakan ayam goreng pagi Ahad oleh seseorang
Tuhanku, aku mengenangkan kembali ingatan silam
Di suatu tempat, entah dimana.
Di laluan pejalan kaki pagi Ahad,
Oh tuhan ku, aku ingin direjam sampai mati.
Kerana terdapat sesuatu di pagi Ahad
Yang membuat diriku kesunyian.
Dan tiada cara untuk mati secara singkat
Itulah hanya sebahagian kesunyian ku rasakan
Darpada orang-orang yang tidur dikaki lima kota
Namun pagi Ahad akan berlalu jua.
Di sebuah taman saya melihat seorang bapa
Mengayun buaian anak perempuanya yang sedang ketawa .
Ketika aku berhenti di sebelah Sekolah Minggu
Terdengar lagu-lagu yang sedang dinyanyikan.
Kemudian aku menuju di suatu jalan,
kedengaran bungi deringan loceng yang memecah kesunyian,
Dan ianya bergema melalui gaung
Seakan hilangnya mimpi semalam.